Saturday, 23 July 2011

BERSABARLAH DUHAI HATI....

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Danga Bay 2010..

Gambar masa g JB kat danga bay...first time sampai sana...best gak tempat dier....cuma masa g tu tempat kat situ dalam proses nak baikpulih...jadi tak byk tempat leh bgambar...insyallah..nak g lagi...tak puas jalan hari tu..

Friday, 22 July 2011

I'm Back

Dua hari tak taip ape pun dkt blog...xtaw eh pe nak tulis..masih lagi belajor pe yang ptt...insyallah akan kembali dgn citer yang lebih menarik....buat masa ni...tu saja yang mampu di sajikan dkt blog aku nie....hehehehe

Tuesday, 19 July 2011

Penghujung Tanah Besar Asia...Tanjung Piai

Ni lah dier, gambar globe besar, yang mana dekat situ lah merupakan penghujung tanah besar asia...akhirnya aku sampai juga di sana, selalu tengok dkt tenet je gambar2 akhirnya dapat jua aku jejak kan kaki ke penghujung tanah besar asia...kira kalau tengok map aku ni berdiri betul2 penghujung malaysia..hehehehe.

Trip to Tanjung Piai




Tanjung Piai....letak nye kat selatan tanah air...negeri johor...merupakan penghujung benua asia.....aku g sana last year gak...best dapat sampai sana...memang dah target aku eh...sampai pekan nenas nak g tanjung piai..akhirnya di tunaikan hajat aku tu oleh akak angkat aku...jauh juga lah nak ke sana dari pekan nenas...dalam sejam lebih..tetap aku lalui jua asal kan puas hati dapat pergi sana...jap lagi aku upload kan gambor globe besor..di mana situ lah memang betul2 penghujung benua asia...

Besar nyer nenas....

haa...besar kan nenas ni...aku ambik gambor nie masa ke pekan nenas last year...masa g umah akak aku kat sana.......first time g kat tmpt tu...teruja sekali weiii tgk nenas besar mcm nie....hehehe..hajat hati nak lah bik gambor kat situ...akak aku kata tu tempat bangla dengan mat2 vietnam lepak ceh...terus hilang mood nak bergambar....bile g pekan nenas first yang ada kat pala aku mesti byk nenas kat sana....tak jumpa pun ladang nenas..dulu masa sek ren kalau belajor geografi...ingat lagi pekan nenas ni merupakan pengeluar nenas terbesar di malaysia...sekarang ni dah kurang eh...ladang nenas pun susah nak jumpa....jadi aku tak dapat nak bergambor dkt situ...cukup lah gambor nenas nie je yang aku ambik....hehehehehe

Wah aku dah ada blog sendiri......

Minah Letter...ahaks ngape eh aku letak nama tu..sebab aku dari dulu memang minat dengan nama minah letter ni...jadi dek kerana minat aku sangat pada nama minah nie...aku letak kan nama tu untuk blog yang baru aku wujudkan..nak ketawa pun ada gak nie..orang ada blog aku pun nak ada blog gak...heheheh nie lah hasil nye walaupun blog aku lum sempurna...masih cuba tuk mencantik kan dan menulis apa yang patut...dalam proses belajar.....

I'm Back

Masih dalam proses belajar menggunakan blog...adoiioi byk yg nak kena tgk2 lagi..:-)