Monday, 28 November 2011

Lama xupdate blog

xtaw ape nak dicite kan...hmmm insyallah if ada masa sok upload kan gambar g tgk moonsun cup...

Friday, 28 October 2011

I'm Back

Alahai....semua org penah g zoo...ngape eh aku post kat blog aku gambor nie...hehehe saja lagi pun aku test kamera baru..nak tengok hasil nya...not bad.....cantik gambar walaupun aku tak pandai sangat nak guna camera tu...hehehehe....da lagi gambar yang aku akan upload....CANON EOS 1100D...

Hanya satu persinggahan.....Zoo Negara...






















Wednesday, 17 August 2011

Trip to Tanjung Piai & Danga Bay...Johor



Gambar semasa trip ke Tanjung Piai dan Danga Bay...blog lama tak update jadi aku masuk kan lagi lah gambar semasa ke sana...kurang2 ada juga kan yang hendak di letak kan di blog nie...

Saturday, 6 August 2011

Salam Pagi Ahad.....

Dah lama tak menulis di blog ni....tak ada apa nak di tuliskan...Ramadan datang lagi...jadi selamat berpuasa tuk semua...hari ahad....ummmm... nak buat apa eh...kemas rumah....kemas baju...tu penting arh..coz esok nak ke kuala lumpur ada kursus pengurusan fail asrama selama tiga hari, pergi pun dengan hati yang tak berapa rela disebabkan terpaksa mengantikan Penyelia Asrama yang masih bercuti tangan nya patah, minta Pembantu Pengurusan Murid (asrama) pergi, pihak JPN tak terima...klu boleh nak yang biasa menguruskan fail, naik gak nama aku eh...adoiiii...puas dah cuba mengelak,tak  dapat elak kena juga lah pergi, ngemas baju pun slow je..huhuhuhuhu...tiap kali kena kerja luar...mesti ada problem tentang pengurusan baju...hehehehe adoiii dugaan betul...macam mana lah berpuasa kat hotel ni...tak pernah lalui lagi, ni lah yang pertama kali...kursus bermula 8-10 Ogos 2011 bertempat di grand plaza hotel kuala lumpur...kat mana hotel tu..aku pun tak tahu..hahaha malas nak google, lagi pun pergi dengan bas so..ikut je lah perjalanan bas tu, janji sampai ke destinasi. nak sambung kemas baju...byk lagi nak disettle kan...nanti aku update lagi blog aku nie eh...caiyokkkkk...

Sunday, 24 July 2011

SK Cherating....tempat ku bertugas...

Ni lah tempat aku bertugas sekarang ni...sejak tahun 2009 di sini lah aku di tugas kan....SK Cherating letaknya di Cherating lah......hehehehe bersempadan dengan kemaman......jadi kalau nak keluar ke bandar lebih hampir lah bandar kemaman dari bandar kuantan......dari kuantan perjalanan makan masa hampir juga sejam...klu laju sikit tekan minyak keta dalam 45 minit sampai lah ke SK Cherating,...berhampiran dengan jalan besar...sekolah ni ada ramai gak murid....ok lah dah seronok kerja dkt sini....

Saturday, 23 July 2011

BERSABARLAH DUHAI HATI....

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Danga Bay 2010..

Gambar masa g JB kat danga bay...first time sampai sana...best gak tempat dier....cuma masa g tu tempat kat situ dalam proses nak baikpulih...jadi tak byk tempat leh bgambar...insyallah..nak g lagi...tak puas jalan hari tu..

Friday, 22 July 2011

I'm Back

Dua hari tak taip ape pun dkt blog...xtaw eh pe nak tulis..masih lagi belajor pe yang ptt...insyallah akan kembali dgn citer yang lebih menarik....buat masa ni...tu saja yang mampu di sajikan dkt blog aku nie....hehehehe

Tuesday, 19 July 2011

Penghujung Tanah Besar Asia...Tanjung Piai

Ni lah dier, gambar globe besar, yang mana dekat situ lah merupakan penghujung tanah besar asia...akhirnya aku sampai juga di sana, selalu tengok dkt tenet je gambar2 akhirnya dapat jua aku jejak kan kaki ke penghujung tanah besar asia...kira kalau tengok map aku ni berdiri betul2 penghujung malaysia..hehehehe.